Keladi Tikus rawat barah

Wednesday, December 30, 2009



Rencana di Berita Minggu Ogos 1998

oleh Mohd Azis Ngah
 dan Siti Zurina Mat Saman


Pesakit kanser kini boleh menarik nafas lega berikutan penemuan satu kaedah baru merawat kanser melalui kajian dijalankan pensyarah Pusat Kajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Khen ke atas keladi tikus atau Typhonium. Teo berkata, pesakit menunjukkan kesan positif selepas memakan tumbuhan berkenaan, bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan mempunyai selera makan. "Tumbuhan itu sesuai untuk merawat kebanyakkan penyakit kanser. Kaedah menggunakan keladi tikus adalah murah dan tidak mempunyai kesan sampingan," katanya. Setakat ini beliau sudah berjaya membantu kira-kira 80 pesakit tempatan dan luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia, India dan Indonesia menggunakan kaedah perubatan keladi tikus.

   "Bagaimanapun, keladi tikus agak sukar diperoleh. Awalnya, tumbuhan itu didapati di kawasan terbiar, berpaya dan saliran air. Kami memerlukan keladi tikus yang banyak." Oleh itu, kami tidak boleh bergantung kepada alam semula jadi. Jadi, kerja saya adalah menghasilkan lebih banyak keladi tikus, "katanya. Beliau memperoleh peruntukan kewangan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) yang menyumbang RM48, 200 untuk membiakkan tumbuhan berkenaan. Melalui peruntukan itu, beliau akan menjalankan kajian dengan lebih mendalam mengenai tumbuhan perubatan tradisional untuk merawat penyakit kanser. Teo berkata, ada dua cara menggunkan keladi tikus dalam rawatan kanser. Cara pertama mencampurkan keladi tikus dengan tumbuhan lain ..

    Campuran ini diproses untuk dijadikan kapsul dan pesakit perlu memakan enam kapsul sehari. "Cara kedua, pesakit boleh makan daun, umbi dan akar umbi. Pesakit perlu mencuci dan merendamnya dengan 50 gram atau lima pokok keladi tikus dalam air selama setengah jam. Selepas itu, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan campurkan dengan madu," katanya. Menurutnya, campuran madu itu dapat mengelak pesakit daripada berasa gatal. Pesakit juga perlu minum jus segar keladi tikus sekali sehari, tetapi pesakit pada peringkat serius perlu minum jus tiga kali sehari. Teo berkata, pesakit perlu makan 'Typhonium Flagelliforme' yang dulu secara salah dikenali sebagai Typhonium Divaricatum dan bukan jenis lain seperti disaran sesetengah buku dari Taiwan dan Hong Kong. "Jika tidak, pesakit akan menghadapi masalah sakit perut. Malah, ada pesakit mati selepas makan keladi tikus yang salah," katanya.

    Beliau mendapat idea menggunakan keladi tikus untuk merawat pesakit kanser selepas membaca penulisan seorang wanita. Wanita berkenaan menyatakan tumbuhan berkenaan menyelamatkan suaminya yang menghidapi kanser. Menurutnya, penggunaan keladi tikus sahaja tidak cukup dalam merawat penyakit kanser. Pesakit perlu menukar metabolisme badan dengan mengubah cara hidup dan pemakanan. Metabolisme badan pesakit kanser harus ditukar kerana kaedah menggunakan keladi tikus atau melakukan pembedahan saja tidak memadai untuk merawat kanser, "katanya. Pesakit kanser juga menurutnya perlu belajar hidup gembira dan mengubah cara pemakanan, iaitu elakkan daripada makan makanan dalam tin dan diawet, semua jenis daging dan hasil tenusu.Pesakit juga digalakkan bersenam untuk mengekalkan kesihatan badan dan selalu berjumpa doktor.

    Teo menggunakan konsep perubatan tradisional, iaitu ketumbuhan atau tumor tidak menyebabkan kanser. Menurutnya, tumor cuma satu manifestasi atau sindrom yang menunjukkan wujudnya sesuatu tidak kena adalam badan. "Dalam keadaan teruk, sudah pasti pesakit perlukan pembedahan untuk mengeluarkan tumor. Tetapi mengeluarkan tumor bukanlah cara tunggal untuk merawat kanser. Kita juga perlu membetulkan apa yang tidak kena dalam badan." Falsafah penyembuhan kendiri atau self-healing yang saya gunakan ialah manusia tidak dicipta untuk sakit. "Manusia sakit kerana manusia mendera badannya sendiri. Manusia yang bertanggungjawab terhadap kesihatan dirinya," katanya.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP