Si tukang kasut

Monday, January 4, 2010


Kerjaya aku sebagai tukang kasut bermula sejak aku di tingkatan 4. Waktu tu aku belajar di sekolah berasrama penuh di Kolej Islam Sains Terengganu(KIST), kini namanya ditukar kepada Sek. Men Agama Imtiyaz disebabkan pertukaran kerajaan negeri Terangganu pada pilihanraya tahun 2004. Aku tak pernah pun belajar jahit kasut. Semuanya disebabkan kasut aku yang rosak. Aku balik rumah sebulan sekali untuk bertemu keluarga, ye laa, sekolah asrama penuh, sebulan sekali je boleh balik. Masa tu aku balik ke rumah dengan membawa kasut aku yang dah ade mulut. Aku terus bagitau dekat bapak ku yang aku panggil abi. Abi! Kasut dah koyak laa.. esok abi tolong bawak pergi kedai ekk, jahit”. Abi cakap “ok2 esok abi hantar”. Kesokkan petangnya, abi balik dengan bawak kasut tu… Laa’’ apsal tak jahit lagi ni abi?. Abi cakap; alahh, jahit sendiri je.. ni abi beli jarum dia, senang je. Aduiii, mana sempat abi, esok pagi nak balik asrama daa. Alahh, sekejap je, abi boleh buat. Meh abi tunjuk cara dia.


Aaa, . masa tu lah aku mendapat ilmu jahit kasut. Abi ajar sikit je, cara nak mula jahit dengan cara nak simpul, tu jee. Yang lain2 tu pandai2 la aku. Kasut yang pertama sekali aku jahit, dekat seminggu baru siap. Dah siap tu, puas hati jugak laa, hasil seni tangan aku, fuhh. Tapi jari2 aku hancur, menggerutu jadinya. Mula daripada tu lah aku tolong jahit selipar dengan kasut kawan2 aku yang koyak. Mula2 tak ambik upah pun, saje nak tolong member, tapi bila macam dah ramai mintak tolong jahit kasut, aku pun terpaksa la letak harga. Mase tu pun cas murah jee, kalau selipar jahit keliling aku amik 2 ringgit, kasut pulak kalau jahit keliling aku amik 4 ringgit. Tapi masa sekolah menengah dulu customer tak la ramai sangat, kes koyak pun bese2 je. Aku pun jahit kasut masa tu sekadar hobi je laa… Tamat era sekolah menengah….


Lepas KIST, aku sambung buat diploma kat Darul Quran JAKIM… Ni aku nak cerita bab jahit kasut je ni, cerita lain post yang akan datang. Aku mula jahit kasut balik masa semester 2. Ikutnya aku tak nak pun jahit kasut, tak de kelas langsung, tak hensem lak tu. Tapi semuanya bermula bila sahabat aku kat DQ, nama dia Mohd Naim, dia ajak aku teman pergi pekan Kuala Kubu Bharu, katanya nak pergi jahit kasut. Aku ni kalau member mintak tolong, aku akan cuba penuhi. Aku pun teman la Naim pergi KKB. Sampai kat KKB, nampak laa ada abang duduk bawah payung kat sebelah poliklinik dekat dengan stesen bas, apa nama abang tu aku tak ingat daa. Bla bla bla… naim pun tanya, berapa ni bang, 15 ringgit dek”. ishh mahal nyaa. Naim da berat hati daa, mahal sangat agaknya, padan laa kasut boot, tapak keras. Tiba2 je Naim tanya aku; weh mejah, ko pandai jahit kasut kan”? Aduh naim, kau cakap la pelahan sikit, malu aku dengan abang kasut ni.( dalam hati). Blab la bla… kau tolong jahit kasut aku laa. Aku mana ada jarum dia”. Naim pun, abang! Jarum jahit kasut ada jual bang? Ada, abang tu cakap. Bla bla ba… aku pulak yang kena keluar duet beli jarum dengan benang, masa tu dah laa duet tak de. Duet poket aku untuk bulan tu tinggal 15 ringgit je,beli jarum dengan benang semua sekali 13 ringgit, tinggal la 2 ringgit duet poket, memang berat hati betul nak keluar duet modal time tu. Biasa la tu. Mula2 nak bisnes memang la sengkek sikit.


Macam mana pun, aku nak terima kasih sangat2 kat Naim pasal desak aku. Kalau Naim tak desak laa, tak sampai aku kat Jordan ni, hehehe takde laa… Lepas iklan mulut ke mulut, aku buat iklan btul2 plak. Pehh, memang laku laa, setiap hari ada je customer aku, bebudak DQ plak ramai yang suka main bola, memang boleh buat duet laa. Kalau dulu sepasang kasut aku jahit seminggu baru siap, sekarang sejam siap daa, da mahir laa kan. Kat DQ pun kes koyak macam2, kasut pun macam2 jenis, boot bola, boot askar, kasut kulit, kasut getah, tapak besi, tapak kayu, suma adaa. Aku rasa la masa tu kat seluruh IPT di Malaysia, aku sorang je yang buat bisnes jahit kasut, kalau setakat jual topup tuu, ramai daa. Berkat aku jahit kasut, dapat la aku buat lesen kereta, balik tetiap minggu, kredit sentiasa ada, cukup la tu nak hidup. Tapi masa kat DQ meniaga yang dasyat2 ni mana boleh, setakat topup tu HEP boleh tolak ansur lagi. Aku ingat lagi masa perhimpunan bulanan kat DQ, pagi tu lepas asrama semua kosong pergi kelas, ada spot chek. Semua bilik kena bukak, diorang pakai master key laa. Pastu pakcik penyelia asrama yang kepala botak tu berucap, “kami jumpa macam2 dalam bilik pelajar banin, barang2 yang dilarang kami rampas, yang meniaga pun ramai, topup la, kerepek laa, jahit kasut pun ade”. Apa lagi, bersorak la semua budak DQ dalam dewan tu kat aku, aku pun cover2 je buat tak tahu pape. Ape2 pun aku nak ucapkan terima kasih kat pakcik penyelia tu pasal tolong promote bisnes aku dekat semua warga DQ, hehehe.. Kalau team bola sepak DQ bak kata Jemi, tak pernah tewas dengan semua IPT kat Malaysia, aku ni laa backup yang paling kuat, menjahit boot bola untuk korang sume. Sebut je, semua stricker DQ aku da jahit boot deorang. Tahniah la kat aku hehehe.. Bila aku da grade dari DQ, aku tau DQ kehilangan seorang tukang kasut yang berwibawa, takde pengganti pun, aku pun takde plak menurun ilmu kat junior2 DQ. Berakhir laa dinasti Hamzah si tukang kasut DQ… Thanks for reading…

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP