Murtabak Hamzah

Tuesday, January 5, 2010

Post kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku masa kecik2 dulu, masa tu aku

dengan family tinggal di Melaka, ayah aku meniaga kedai makanan, buka restoran,

nama restoran tu aku ingat lagi, restoran melati ria, dekat dengan MMU Melaka, kalau

ada orang Melaka tau laa, tapi aku rasa kat Muktah ni aku sorang je pemuda Melaka,

akhwat dengar kata ada la 2 orang. Melaka tak wujud kat Muktah ni, hampeh tul orang

Melaka.. Aku pindah ke Melaka pada tahun 1993, sebelum tu tinggal kat Lumut , Perak.

Ayah aku dah tekad nak buka restoran kat Melaka, lagipun abang ayah aku ada kat

Melaka, dia pun buka restoran jugak. Pendek cerita, ayah aku berjaya menyewa sebuah

rumah kedai di Taman Bukit Beruang. Bukit Beruang tu kawasan majoriti orang cina.

Masa tu mak aku la jadi tukang masak. Untuk pengetahuan korang laa, mak ayah aku

dulu belajar kat USA, Universiti of Georgia, balik Malaysia buka restoran, pelik

ke?? Takde pelik pun..


Restoran masa tu, kitaorang jual nasik campur, masakan panas sikit macam nasik

goreng, mee goreng semua, yang bese2 je la. Belah pagi lak ada buat roti canai. Roti

canai mula dari pukul 6 pagi sampai pukul 12 tengahari, lepas tu baru la nasik

campur plak. Roti canai ayah aku la yang buat, dia yang menguli dia la yang menebar

semua. Aku masa tu kecik lagi, darjah satu. Time tu yang aku reti makan je, mana tak

nya lauk macam2 ada, aku memang bulat laa time tu. Masa darjah satu aku sekolah kat

sek keb Bukit Beruang. Cina, india, melayu, portugis semua ada. Aku sekolah kat situ

setahun je. Bila periksa akhir tahun, aku dapat no 2 daripada keseluruhan 6 kelas

tahun satu, memang gempak la time tu… Naik darjah dua, ayah aku pindah kan aku pergi

sekolah agama rakyat plak, nama sekolah tu Madrasah Ar-Rahmah. Penaung dia korang

nak tau sapa, hehe..Dr. Harun Din… Aku masuk sekolah tu, sekolah tu pun baru 2 tahun

beroperasi. Ada la 2 kelas je. Kelas aku darjah 2 dengan darjah satu. Idea nak

meniaga time tu timbul bila aku tiap kali rehat je mesti tak sempat nak beli nasik

lemak, yang sempat kueh jee. Mula dari tu, aku bawak bekal je. Mujo mak aku masak

awal lepas subuh, nak meniaga la kan, mak aku buat mee goreng, nasik goreng, bihun

sume. So aku bungkus je laa untuk aku. Tiap2 hari aku bawak menu yang berbeza. Rupa2

nya cikgu BM aku, cikgu Latipah duk usha apa aku makan tetiap hari. Dia tau aku anak

tokey restoran.


Hamzah!, esok cikgu nak beli mee goreng dengan kamu yee” bawak tau esok.. ok cikgu.

Cikgu Latipah laa customer pertama aku. Makin lama ada plak kawan2 aku yang da bosan

makan nasik lemak makcik kantin, bertambah la tempahan aku setiap hari. Kemudian aku

rasa nak bawak bekal roti canai plak, apa lagi, bawak laa pergi sekolah. Mula2 aku

suruh ayah tebar untuk aku, satu je laa dia bagi. Esok2 plak tu aku cuba tebar

sendiri, makan sendiri takpe ayah aku cakap. Pastu kawan2 aku dengan cikgu Latipah

pun nak pesan roti canai gak, aku pun.. dah lama daa aku tengok ayah aku tebar roti

canai, tengok cam senang je, aku rasa aku boleh buat, sekali je aku tebar terus

jadi. Fuhh.. tak koyak pun. Masa tu darjah dua tau.. Aku punya duet belanja masa tu

mak aku bagi 50 sen je. Aku jual roti canai plak, tiap2 hari aku bawak balik 5

ringgit, pergi bawak 50 sen, balik bawak 5 ringgit, hahaha, amacam!! Kayo den..


Naik darjah 3, aku dah semakin bulat dan hensem. Cuti sabtu ahad, tak dapat nak

nak tengok kartun daa, ayah aku paksa turun kedai basuh pinggan. Basuh la pinggan.

Mula2 dulu aku buat keje tido meninggi hari ni, aku dapat la nikmat tido sampai

pukul 9 pagi, lepas tu standby laa, ayah aku datang naik atas, disiramnya air

segayung, bangun melompat aku, terus masuk bilik air, kakak adek aku sume kena, siap

2 nak pergi basuh pinggan… aku tak suka la basuh pinggan. Ada je pekerja indon time

tu, tapi ayah aku jeles tengok aku adek beradek sume tido meninggi hari. Memang

takde can la nak tengok kartun… Kemudian aku pilih jalan diplomatik, aku bincang

ngan ayah aku, aku bagitau aku nak tebar roti canai, ayah aku bagi, tapi sebelum

pintu besi bukak laa, orang tak nampak. Geli orang nak makan tengok budak bulat cam

aku tebar, so aku tebar siap2 bagi roti tu kembang, nanti ayah aku la yang tenyeh

roti tu. Tapi sekejap je aku buat camtu, bila aku lapar time kedai da bukak, orang

pun ramai, aku selamba je tebar, nak makan sendiri. Tiba2 mak aku oder, hamzah!!

buat roti telur satu, aku pun, ok umi”. Terus menebar dengan penuh gaya. Darjah 3

tuu.. Esok2 tu, aku tak kira daa, daripada aku partime tebar roti canai pastu basuh

pinggan baik aku fulltime tebar roti. Ayah aku pun buat dek jee, ok la tuu dia bagi.

Aku pun mintak la dibagi upah, mula tebar dari pukul 6 pagi sampai pukul 12

tengahari, aku mintak 5 ringgit. Masa tu aku target nak beli jam lampu, harga dia 30

ringgit. 3 minggu keje dapat la aku beli jam tu, puas hati.


Lepas2 tu ada je orang datang kedai beli roti canai, deorang tanya, “ darjah

berapa ni? Mak aku jawab darjah 5, padahal aku darjah 3. Hehehe.. Aku tanya

umi, “apasal umi bagitau hamzah darjah 5, hamzah darjah 3 laa,” umi cakap, “nampak

la kau bosa sikit, karang kalau bagitau kau darjah tigo darjah duo, goli orang nak

makan”. Aku pun “Ooooo… Bila aku dah dapat lesen full tebar roti canai dari umi

dengan abi, aku terus jadi penebar roti canai yang tetap mula dari darjah 3, sammpai

darjah darjah 6. Tak do laa kayo bona pun, duet upah tebar roti canai den simpan

dalam bank unto arab Malaysia. Ontah cam mano pulak, den, mak ayah den lupo nak

maintain saving akaun bank unto den, habih duet den, losap camtu yoo, adui laaa”..

kelua pilah plak cakap, sori2”.. Selama 6 tahun duduk menetap di Melaka, ayah aku

dah buka 3 cawangan restoran, main restoran kat Bukir Beruang, yang kedua kat Batu

berendam dan yang ketiga kat Melaka Raya.


Kerjaya aku sebagai penebar roti canai tamat bila aku sefamily pindah ke Terengganu

plak tahun 1999. Ayah aku mendapat arahan supaya pindah, balik ke Terengganu plak…

Kenapa pindah? Siapa yang suruh? Nanti aku cerita dalam post yang lain plak…. Thanks

for reading...

1 comments:

calanifft said...

Mohegan Sun, Uncasville, CT - MapYRO
Mohegan Sun · Casino · 1 부천 출장마사지 Mohegan Sun Blvd. Uncasville, CT 광양 출장안마 06382 서울특별 출장안마 · Call Now · More 부산광역 출장안마 Info. Hours, Accepts Credit Cards, Good 시흥 출장마사지 for Business.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP