Penternak ikan sangkar (Ingin Maju Enterprise)

Wednesday, February 17, 2010


Kerjaya kali ni pasal nelayan plak. Masa ni tahun 1999, aku dengan family dah

pindah ke Besut Terengganu. Ayah aku menang masa pilihanraya 1999, jadi laa wakil

rakyat untuk parlimen Besut. Ni aku nak kongsi dengan semua laa kalau korang nak

tau. Sejarah pilihanraya di Besut, PAS hanya pernah memenangi kerusi parlimen Besut

sebanyak 2 kali je, yang pertama pada tahun 19## berapa ntah.. aku tak ingat, masa

tu wakil PAS yang menang, ni, Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Lepas tu kalah kalah kalah,

sampai tahun 1999 plak, wakil PAS tu nama dia Hassan B Mohamed, bapak aku laa,

diimport dari Melaka. Duduk je kat Melaka cari makan, ayah aku memang asal Besut.

Takat tu je aku boleh kongsi, detail lagi nanti kat post yang lain plak. Ni nak

cerita pasal bela ikan.

Ayah aku memang minat dengan pertanian ni, idea nya pasal duk serabut berulang

-alik Terenganu Kl, KL Terengganu, ayah aku nak cari ketenangan, katanya laa. Lagi

satu pasal ayah aku tak suka nak berharap sangat gaji YB yang tak seberapa tu

(kununnye laa), dia nak cari duet sampingan. Tahun ke2 jadi wakil rakyat, ayah aku

beli sangkar ikan dekat Sg Semerak, orang Kelantan tau laa, ayah aku pakai sistem

pawah ikan, cara dia, ayah aku beli sume sekali, yang jaga 24 jam menggadai nyawa

orang lain. Bila dapat untung, kita bagi dua, hehehe. Camtu laa. Masa tu ada la

dalam 50 sangkar, sume nya ikan siakap, kalau orang Timur panggil ikan kakap. Kira

masa tu, sangkar ayah aku antara yang terbesar dekat Sg. Semerak tu. Lengkap dengan

rumah, ade satu bilik tidur, satu bilik stor, ruang tamu, tandas, dapur, court

badminton tak de la. Kalau duk melepak atas tu tak pijak tanah sehari biasa laa,

sume ada.


Terkejut gak aku mula-mula bila ayah aku cakap dia ada pot baru, boleh rilek2,

tenang2 lepak2.Tak de berserabut orang datang mintak sain tetiap hari.. Malam tu

laa, ayah aku ajak pergi tengok buat pertama kalinya. Tempat tu dari rumah aku ade

la dalam 15 minit. Aku tak dapat agak pun ayah aku nak bawak ke mane, ikut je laa.

Sampai kat tepi sungai tu, ayah aku klip2 kan lampu kereta, pastu dia buat

bunyi, “ooo, ooo,ooo” bunyi dia macam tarzan melayu, hahaha.. Tak lama lepas

tu, “broom broom” , bunyi bot datang. Ishh.. Abi ni nak pergi mana ni” aku heran.

Alahhh, ikut je….. Tak lama kemudian… ayah aku, “dah, kita dah sampai”.. fuyoo,

terkejut aku tak percaya. Malam pertama melepak kat situ, memang seronok, sunyi je

, udara nyaman, bunyi unggas. Memang mendamaikan untuk lepas tension sibuk kerja.


Masa ni aku form 3, duk asrama dah. Aku tolong la ayah aku bila balik cuti bulanan

ke, cuti panjang ke, camtu laa. Tapi bila habis je SPM tahun 2004, ni la keje aku

sementara menunggu result keluar. Masa tu, tiap-tiap pagi aku keluar rumah awal,

nak bagi makan ikan, hahaha, balik petang, penat tapi best. Keseronokan bagi makan

ikan macam; korang bayang kan laa, keadaan permukaan air yang tenang tu macam otak

yang sedang tepu dan jem, bila campak je palet ikan, ikan melompat memecahkan

permukaan air yang tenang,”buushhh” rasa macam otak kena garu, fresh dan puas hati

tengok ikan makan.


Bagi ikan makan memang feberet aku laa. Tapi ikan pun banyak

saiz, ikan budak dengan ikan remaja kita bagi dia palet, tapi kalau bapak ikan,

kena bagi makan kepala ikan. Dia tak makan palet2 ni, macam kita laa, da besar,

mana lalu nak makan nestum. Kepala ikan pun, korang ingat ringan ke, senget bahu

aku duk mengangkat kepala ikan tetiap hari, “aduyaii”. Jalan kat sangkar sambil

bawak kepala ikan pun kena hati2, kalau salah tak balance ke, terpijak kayu reput

ke, jatuh masuk dalam sangkar, jadi makanan ikan la jawabnya. Ikan tengah lapar,

ape2 yang jatuh pun dia bedal. Kebanyaakan penternak ikan sangkar guna kepala

ikan selayang bagi makan ikan, badan ikan tu orang buat keropok lekor.

Tu laa rutin aku tiap hari. Bila da selesai bagi ikan makan, kena servis sangkar

la pulak, antaranya; membuang teritip yang melekat dekat pukat, cara dia camna?

Kalau pukat yang takde ikan , kita tarik dulu jemur bagi teritip tu mati, bila da

kering, amik kayu atau besi, pukul dekat pukat tu, pukul la sampai bersih takde

teritip. Teritip ni kena buang pasal, kalau tak buang, nanti pukat berat nak

angkat, satu lagi takut pukat terkoyak dan berlubang. Habis keje aku bagi makan

ikan dengan ketuk pukat, petang2 aku ronda2 naik speedboat, hahaha duk perabis

minyak, diesel je pun.

Keje ternak ikan sangkar ni, kalau ada banyak lubang dan banyak ikan dan kalau

ditakdirkan Allah nak bagi rezeki, banyak dapat tuu. Tapi nak lepas dugaan dengan

ujian2 ni macam2, nak maintain ikan supaya tak mati, nak maintain pukat tak koyak,

kalau koyak ikan terkeluar, melopong kau tak sudah, lagi nak maintain kelas ikan,

maksudnya, ikan ni setiap musim kita kena kelaskan dia ikut saiz, kalau tak nanti

ada sekor jadi raksasa, hahaha. Maknanya, dalam satu lubang tu, ade ikan yang kuat

makan, ade yang tak cukup zat, ada yang segan2, kita kena kelaskan ikut saiz untuk

elak ikan yang besar jadi kanibal, mentang2 dia dia besar dan kuat makan, dimakan

nye member2 dia yang kecik. So kena jaga laa. Selain tu, kena jugak maintain

keadaan air, sangkar ni kalau duduk dekat dengan tempat pelabuhan kapal2 ikan, air

dia agak tercemar dan berminyak ikan pun pening, lama-lama nanti ada la sekor dua

terapung macam mabuk je, aku kalau nampak je ikan camni, aku terus angkat sembelih,

kalau dibiarkan mati jugak, so nak tak nak kalau laluan tu banyak kapal ikan duk

lalu-lalang, kena la pindah cari tempat pedalaman sikit, yang tenang dan aman

sesuai nak besarkan anak-anak, hehe. Korang nak tau cara nak pindah sangkar, ada

dua cara, satu yang free dan satu lagi bayar laa. Kalau yang bayar, panggil je

drebar kapal ikan, suruh dia tarik, takde la susah sangat. Kalau yang free pulak,

aku dengan ayah aku je, cara die ayah aku duk belakang press minyak speedboat, aku

pulak jadi superman tukang tolak sangkar, bukan kecik lak tu, besar dia separuh

padang bola, korang bayangkan laa. Tapi sebelum tu, sauh, tali sume kena bukak laa.

Pernah satu masa tu, time tu memang nak pindah kan sangkar laa, sauh tali sume

da angkat, minyak speedboat da habis da press tapi tak nak gerak jugak, gerak sikit

pastu berenti macam tersangkut ade bende kat dasar. Pelik jugak, ayah aku suruh aku

pegi usha, “hamzah! cuba pegi tengok ada apa kat bawah tu”, ayah aku suruh aku

pulak. Ishh, mana aku berani, time tu ade 3 andaian, satu; memang ada sauh kat

bawah tu yang tak angkat lagi, dua; ada jin air yang pegang, dan yang ketiga ada

buaya, huhu serem aku. Last2 hari pun da nak gelap, takde sorang pun yang berani

nak gi tengok, ayah aku pun, amik wuduk, dia semayang sunat jap, lepas

tu, “gedebuushh” ayah aku yang terjun… Tak lama pastu, ayah aku pun timbul, “dah,

tak da pape pun, gi start enjin”, aku pun ikut jela, Alhamdulillah, gerak jugak

sangkar ni. Cayalah bapak aku.

Bela ikan ni pun ada banyak musuh, antaranya; orang, pencuri laa, pastu biawak,

memerang, burung, ketam dan ada lagi yang tak diketahui. So malam-malam, tak leh la

tido beriya-riya sangat, kena la berjaga sambil ditemani bunyi air dan unggas

malam, sambil meminum teh dan menghisap rokok daun untuk menghalau nyamuk, sambil

memasang joran takut2 ada ikan lapar boleh gak aku goreng pagi esok. Tiba lah masa

yang dinantikan bagi setiap penternak ikan, apa lagi, jual laa. Ikan kalau da cukup

saiz dan boleh dijual, dia kena puasa dua hari, kalau tak, senang la orang nak

tipu, ditutuhnya bagi makan pasir, masa nak timbang, kan berat tu, hahaha. Tapi

kami penternak muslim tak da la nak buat camtu.


Ada la satu musim tu, aku dengan

family sume seronok tengok ikan banyak, dah boleh nak jual, ikan pun da puasa.

Panggil laa orang tengah nak jual, orang tengah kutip ikan ni selalunya cina, entah

kenapa tak da melayu, aku pun heran. Deorang ni la yang jadi supplier kat hotel2

kat KL nu. Masa tu lepas da timbang ikan sume dan kira harga dia, cina tu kata RM14

K. Tapi lagi seminggu gua bagi la itu cek, kita ramai laa tokey sangkar ikan kat Sg.

Semerak kenal dengan cina ni, kira boleh dipercayai laa. Lepas seminggu ayah aku gi

la amik duet, dia bagi cek RM7K je, cina tu kata, “hayya! Lu punya ikan mati la

masa duk dalam lori, mati punya pasal wa bagi lu separuh je laa”, binaweng punya

cina, baru family aku berangan nak jadi kaya, kene tipu plak. “Apo nak nak dikato

kan” tak do joki”. Bukan nya ayah aku tak amik tindakan sume, dah cuba macam2,

hanta samseng nak pukul la, ugut nak saman laa, tapi tak dapat jugak. Ayoo laa” apo

nak buek… Thanks for reading..

1 comments:

shahdan said...

Biz ternakan udang kara (lobster) air tawar sangat mengguntungkan http://redclawlobster.blogspot.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP